BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 20, 2009

Pertama Kali...


Pertama kali,
ku susun langkah ini,
sebaik dan sesopan mungkin,
ku atur perjalananku,
agar bila tiba masanya,
aku menjadi yang pertama,
di genggaman ini,
ada sejuta keyakinan,
utuh bersama seribu perancangan,
hanya demi sebuah harapan,
ku jejaki dengan penuh keberanian,
agar bila tiba hari esok tiada penyesalan,
ku rebut semua kepunyaanku,
dengan harapan ia tidak dimiliki orang,
ku lari selaju-lajunya,
dan hari ini,
senyumanku ukir buat semua,
agar dunia ini ceria,
bersama gelak ketawa,
kerana di hadapan sana,
ku tahu ada cahaya,
kerana pertama kali,
mungkin untuk kali terakhirnya....

Sunday, July 19, 2009

Meghilangkan Kegelisahan Hati


Iman itu menghilangkan kegelisahan dan melenyapkan duka cita. Iman itu adalah kekasih orang-orang yang beriman dan kesenangan orang-orang yang beribadah. Segala sesuatu yang telah berlalu itu tiada berguna, oleh kerana itulah jangan mengingat masa-masa yang telah berlalu, sebab hal itu telah hilang dan binasa. Terimalah ketentuan Allah itu dengan senang hati, terimalah rezeki yang telah ditentukan itu dengan lapang dada, sebab segala sesuatu itu sudah ada ketentuannya, oleh kerana itu, janganlah berkeluh kesah. Ingatlah bahawa mengingat Allah dapat menenangkan hati dan menghindarkan diri dari berbuat dosa. Allah Yang Maha Mengetahui yang ghaib menyukai orang-orang yang berzikir dan zikir itu melepaskan seseorang dari mara bahaya.

Redhalah...



Bila kau letih dan hilang semangat,

Allah tahu betapa kau

telah mencuba sedayanya..

Bila tangisanmu berpanjangan,

dan hatimu berduka,
Allah telah mengira titisan airmatamu..

Bila kau rasa ketinggalan

dan masa meninggalkanmu,

Allah setia di sisimu...

Bila kau telah mencuba segala

tetapi tidak tahu arah tujuan,

Allah adalah jalan penyelesaian..
Bila tiada yang bererti buatmu,

Keliru dan kecewa,

Allah adalah jawapannya...