BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 18, 2009

Teka Ler...


1. Antara orang tinggi, pendek, gemuk, dan kurus yang mana paling banyak berkata-kata?
2. Kenapa Cicakman tak boleh terbang?
3. Kampung apa yang paling banyak hantu di Malaysia?
4. Jem apa yang tidak boleh dimakan?
5.Binatang apa yang dipelihara manusia tanpa disedari, dan diberi makan?

JAWAPAN-

-Pendek la. Pepatah melayu "pendek kata ..."
- Kerana dah takdir.
- Kampung Pisang. Banyak zombie.-
-Traffic jem.
- Kutu.

wakakakakakakakakaka.....hehehehehehe....

haRgAiLah wAKtu iTU


Ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah SUMBER KEKUATAN...
Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa MUDA YANG ABADI....
Ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah SUMBER KETENANGAN....
Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah SUMBER KEBIJAKSANAAN....
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah HAK ISTIMEWA YANG DIBERIKAN TUHAN.....
Ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan MENUJU KEBAHAGIAAN.....
Ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah muzik yang MENGGETARKAN HATI....
Ambillah waktu untuk memberi,
itu adalah membuat hidup terasa BEERTI....
Ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah NILAI KEBERHASILAN.

Monday, July 20, 2009

Pertama Kali...


Pertama kali,
ku susun langkah ini,
sebaik dan sesopan mungkin,
ku atur perjalananku,
agar bila tiba masanya,
aku menjadi yang pertama,
di genggaman ini,
ada sejuta keyakinan,
utuh bersama seribu perancangan,
hanya demi sebuah harapan,
ku jejaki dengan penuh keberanian,
agar bila tiba hari esok tiada penyesalan,
ku rebut semua kepunyaanku,
dengan harapan ia tidak dimiliki orang,
ku lari selaju-lajunya,
dan hari ini,
senyumanku ukir buat semua,
agar dunia ini ceria,
bersama gelak ketawa,
kerana di hadapan sana,
ku tahu ada cahaya,
kerana pertama kali,
mungkin untuk kali terakhirnya....

Sunday, July 19, 2009

Meghilangkan Kegelisahan Hati


Iman itu menghilangkan kegelisahan dan melenyapkan duka cita. Iman itu adalah kekasih orang-orang yang beriman dan kesenangan orang-orang yang beribadah. Segala sesuatu yang telah berlalu itu tiada berguna, oleh kerana itulah jangan mengingat masa-masa yang telah berlalu, sebab hal itu telah hilang dan binasa. Terimalah ketentuan Allah itu dengan senang hati, terimalah rezeki yang telah ditentukan itu dengan lapang dada, sebab segala sesuatu itu sudah ada ketentuannya, oleh kerana itu, janganlah berkeluh kesah. Ingatlah bahawa mengingat Allah dapat menenangkan hati dan menghindarkan diri dari berbuat dosa. Allah Yang Maha Mengetahui yang ghaib menyukai orang-orang yang berzikir dan zikir itu melepaskan seseorang dari mara bahaya.

Redhalah...



Bila kau letih dan hilang semangat,

Allah tahu betapa kau

telah mencuba sedayanya..

Bila tangisanmu berpanjangan,

dan hatimu berduka,
Allah telah mengira titisan airmatamu..

Bila kau rasa ketinggalan

dan masa meninggalkanmu,

Allah setia di sisimu...

Bila kau telah mencuba segala

tetapi tidak tahu arah tujuan,

Allah adalah jalan penyelesaian..
Bila tiada yang bererti buatmu,

Keliru dan kecewa,

Allah adalah jawapannya...